Selepas pengumuman terdahulu menyatakan tarikh tayangan filem terbaharu James Bond, No Time To Die ditunda dari April 2020 ke April 2021, kini syarikat perfileman MGM mengumumkan filem ejen perisik terkenal 007 itu terpaksa ditunda lagi akibat situasi tak menentu bahana pandemik COVID-19. 


Terbaharu, filem No Time To Die kini dijadualkan untuk tayangan pada 8 Oktober 2021 pula, dan akan bersaing terus dengan filem terbitan Sony, iaitu Morbius

BERKAITAN: Saksikan Trailer Terbaharu Filem No Time To Die - Filem James Bond Terakhir Dilakonkan Daniel Craig

Filem No Time To Die menyaksikan Daniel Craig kembali sebagai James Bond/ 007 untuk kali ke-5 dan terakhir, selain turut menampilkan Léa Seydoux (Spectre), Ralph Fiennes (M), Ben Whishaw, Naomie Harris, Ana de Armas, Jeffrey Wright, dan Lashana Lynch, manakala Christoph Waltz akan melakonkan watak penjahat bernama Blofeld, dan Rami Malek sebagai penjahat bernama Safin.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post