United International Pictures (UIP) melalui siaran medianya memaklumkan, trailer terbaharu filem ke-25 James Bond, bertajuk No Time To Die, baru sahaja diperlihatkan. Saksikan trailer filem No Time To Die di bawah :


No Time To Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga, hasil skrip nukilan Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns dengan dibantu oleh Cary Joji Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge. Manakala lakon layar pula adalah hasil garapan Neal Purvis & Robert Wade, Cary Joji Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem No Time To Die - Filem Terbaharu James Bond


No Time To Die menampilkan barisan pelakon seperti Daniel Craig sebagai James Bond, Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux (Spectre), Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, di samping Rory Kinnear sebagai Tanner dan Jeffrey Wright sebagai Felix Manakala Rami Malek akan tampil sebagai watak penjahat bernama Safin dalam filem ini.

BERKAITAN: Saksikan Poster Pertama Filem Terbaharu James Bond - Bertajuk No Time To Die

No Time To Die mengisahkan tentang James Bond yang telah mengakhiri perkhidmatannya dan menjalani kehidupan dengan tenang di Jamaica. Namun, ketenangan hidup yang dikecapinya hanyalah sementara apabila sahabat lamanya, Felix Leiter daripada CIA muncul kembali dan memohon bantuannya. Misinya kali ini adalah untuk menyelamatkan seorang saintis diculik. Namun, kesukaran yang dihadapinya dalam misi tersebut membawa Bond berhadapan dengan musuh misteri yang mempunyai senjata daan teknologi baharu yang membahayakan.

No Time To Die dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 12 November ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post