2020 sememangnya merupakan tahun yang dilanda pelbagai peristiwa. Kini, dilaporkan pula yang pelakon yang membawakan watak utama sebagai Raja T'challa/ Black Panther, iaitu Chadwick Boseman telah meninggal dunia akibat penyakit kanser usus. Beliau berumur 43 tahun.



Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh keluarganya, beliau dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak 4 tahun lalu. Walaupun begitu, mendiang tidak pernah berkongsikan tentang penyakitnya itu secara umum.

Menurut ahli keluarga mendiang lagi, 

“A true fighter, Chadwick persevered through it all, and brought you many of the films you have come to love so much. From ‘Marshall’ to ‘Da 5 Bloods,’ August Wilson’s ‘Ma’ Rainey’s ‘Black Bottom’ and several more- all were filmed during and between countless surgeries and chemotherapy. It was the honor of his career to bring King T’Challa to life in ‘Black Panther.’”

Boseman menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) melalui kemunculan pertamanya sebagai T’Challa/ Black Panther dalam filem Captain America: Civil War (2016), sebelum muncul dalam filem solo Black Panther (2018). Filem Black Panther arahan Ryan Coogler mencatatkan rekod tersendiri, meraih kutipan USD1.347 bilion di seluruh dunia, dan memperkenalkan slogan “Wakanda Forever”. Selain itu, Black Panther juga merupakan filem Marvel pertama dicalonkan di Anugerah Academy Awards. Boseman menyambung watak Black Panther dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. 

Sebelum ini, sambungan filem Black Panther juga dalam perancangan, namun dengan kematian mengejut Chadwick Boseman ini, masih belum dapat dipastikan status filem berkenaan.

Farewell, King.

Wakanda Forever!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post