Dalam acara maya DC FanDome yang dilancarkan hari ini, DC secara rasminya telah memperlihatkan beberapa trailer rasmi pertama untuk filem-filem terbitan mereka. Antara yang paling dinanti-nantikan adalah trailer pertama untuk satu lagi filem yang menelusuri penceritaan watak Batman, iaitu filem The Batman arahan Matt Reeves. Saksikan trailer filem The Batman di bawah, yang menampilkan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne/ Batman dan menggunakan muzik latar lagu Nirvana, iaitu Something in the Way di bawah :



BERKAITAN: Filem The Batman Dilaporkan Telah Memulakan Penggambaran

Filem The Batman dibintangi oleh Robert Pattinson yang akan melakonkan watak Bruce Wayne/ Batman, di samping Zoë Kravitz (sebagai Selina Kyle(, Paul Dano (sebagai Edward Nashton), Jeffrey Wright (sebagai James Gordon), John Turturro (sebagai Carmine Falcone), Andy Serkis (sebagai Alfred), dan Colin Farrell (sebagai Oswald Cobblepot/ Penguin).

Dalam acara DC FanDome berkenaan juga, Reeves mengesahkan yang filem The Batman akan memfokuskan kepada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman, dan dinyatakan juga yang filem ini tidak berkongsi garis masa yang sama dengan watak-watak dari filem Justice League yang menampilkan watak-watak lain dari DCEU. Selain itu, The Batman juga dikatakan bakal menonjolkan sisi detektif Batman, yang membongkar beberapa siri pembunuhan yang berkait dengan aktiviti rasuah di Gotham, sehingga mengaitkan kepada kematian ibubapa Bruce Wayne.

BERKAITAN : Pandang Pertama : Batmobile Versi Filem The Batman Diperlihatkan

Filem The Batman akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Oktober 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post