Pandang Pertama : Batmobile Versi Filem The Batman Diperlihatkan

Pengarah dan penulis bersama filem The Batman, iaitu Matt Reeves, telah memperlihatkan gambar-gambar Batmobile yang akan ditampilkan dalam filem terbaharu Batman itu. Saksikan gambar-gambar tersebut di bawah : 


BERKAITAN: Filem The Batman Dilaporkan Telah Memulakan Penggambaran

Warner Bros. Pictures telahpun mengesahkan pelakon-pelakon yang akan tampil untuk filem The Batman iaitu Robert Pattinson (sebagai Batman/ Bruce Wayne), Zoƫ Kravitz (sebagai Selina Kyle), Paul Dano (sebagai Edward Nashton), Jeffrey Wright (sebagai James Gordon), John Turturro (sebagai Carmine Falcone), Peter Sarsgaard (sebagai Gil Colson), Andy Serkis (sebagai Alfred), dan Colin Farrell (sebagai Oswald Cobblepot/ Penguin).


BERKAITANTelah Rasmi, Robert Pattinson Merupakan Batman Terbaharu!

Perincian tentang jalan cerita The Batman masih lagi samar-samar, namun dilaporkan yang filem ini akan menampilkan Batman versi awal, di mana Reeves memberikan bayangan yang ianya mengambil diinspirasikan daripada jalan cerita komik “Year One” oleh Frank Miller dan David Mazzucchelli yang diterbitkan pada tahun 1987.


Filem The Batman kini sedang menjalani penggambaran dan dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post