Gambar Sut Batman Terbaharu 'Diintai' Di Set Penggambaran Filem The Batman


Penggambaran filem The Batman kini sedang giat dijalankan, dan gambar pandang pertama Batmobile versi filem berkenaan juga telahpun didedahkan. Walau bagaimanapun, sebelum ini, telahpun diperlihatkan gambar sut Batman terbaharu yang 'diintai' di set penggambaran filem The Batman yang diarahkan oleh Matt Reeves. Saksikan gambar-gambar tersebut di bawah :


Berdasarkan gambar tersebut, dapat dilihat dengan lebih jelas sut terbaharu yang akan dikenakan oleh Batman beserta versi terbaharu (atau mungkin versi awal) Batcycle, yang sebelum ini membuat kemunculan pertamanya di layar perak dalam filem Batman & Robin pada tahun 1997.



Perincian tentang jalan cerita The Batman masih lagi samar-samar, namun dilaporkan yang filem ini  mungkin akan menampilkan Batman versi awal, di mana Reeves memberikan bayangan yang ianya mengambil diinspirasikan daripada jalan cerita komik “Year One” oleh Frank Miller dan David Mazzucchelli yang diterbitkan pada tahun 1987.

Filem The Batman kini sedang menjalani penggambaran dan dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021.

KOMEN

Previous Post Next Post