Setelah agak lama juga tidak kedengaran nama Liam Neeson berlakon dalam filem aksi, kini beliau muncul semula dalam filem aksi terbaharu. Terkenal dengan barisan filem aksi seperti trilogi filem Taken, Non-Stop dan Run All Night, kini beliau muncul dalam filem aksi terbaharu bertajuk Honest Thief. Saksikan trailer filem Honest Thief di bawah:


Honest Thief merupakan filem aksi mendebarkan diarahkan oleh Mark Williams, dan dibintangi oleh Liam Neeson, Kate Walsh, Robert Patrick, Anthony Ramos, Jeffrey Donovan dan Jai Courtney.

Konflik mula melanda apabila Tom Carter (lakonan Liam Neeson), seorang perompak bank yang ingin menyerah diri dan memulakan hidup baru kerana jatuh cinta dengan Annie (lakonan Katie Walsh), seorang wanita yang bekerja di sebuah gudang penyimpanan, di mana Tom menyembunyikan wang rompakannya berjumlah USD9 juta. Kini dia perlu mencari jalan untuk membersihkan namanya apabila 2 orang ejen FBI yang mengendalikan kesnya cuba menipunya dan membolot duit rompakan tersebut.

Honest Thief dijadualkan untuk tayangan di pawagam Amerika Syarikat bermula 9 Oktober 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post