Baru sahaja empat hari ditayangkan, namun filem terbaharu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, iaitu Jebat telah berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM1.3 juta.


Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil, gandingan Sharnaaz dan Nelydia semenangnya menjadi dan berjaya mengubat kerinduan peminat. Sebelum ini, filem Jebat dihasilkan dalam format drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2013.

Menurut petikan artikel dari Harian Metro, Datuk Ziela Jalil berkata :

"Saya harap penerimaan positif ini dapat berterusan dan secara tidak langsung mampu mengajak lebih ramai lagi untuk menonton Jebat. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw kerana membawa Jebat dengan rangkaian promosi yang kreatif dan strategik".

Ia mula ditayangkan di platform itu sejak 3 September lalu dan bukan sahaja mendapat sokongan penonton, malah beberapa selebriti terkenal tanah air.


Post a Comment

Previous Post Next Post