Sudah lama peminat filem Marvel menantikan tayangan filem terbaharu dari studio penerbitan tersebut, namun akibat pandemik COVID-19, semuanya tergendala, baik dari segi jadual penggambaran, mahupun jadual tayangan filem di pawagam. Namun, berita terbaharu ini pastinya menggembirakan penggemar filem Marvel.


Aktor yang melakonkan watak Thor, Chris Hemsworth telah menggunakan Instagram peribadinya untuk memaklumkan yang penggambaran filem terbaharunya, Thor: Love and Thunder akan dimulakan pada minggu ini! Saksikan posting di Instagram beliau di bawah : 


Berita terbaharu juga melaporkan yang pelakon Matt Damon telah tersenarai sebagai pelakon filem Thor: Love and Thunder. Sebelum ini, pelakon berumur 50 tahun itu pernah membuat kemunculan cameo dalam filem Thor: Ragnarok (2017), melakonkan watak Loki dalam satu persembahan di awal filem tersebut. Sebelum ini, telah disahkan yang Chris Pratt dan Vin Diesel, masing-masing melakonkan watak Peter Quill/ Star-Lord dan memberikan suara kepada watak Groot, turut akan tampil dalam filem terbaharu arahan Taika Waititi itu.

Thor: Love and Thunder diarahkan oleh Taika Waititi, dan merupakan kepada sambungan filem Thor: Ragnarok (2017), juga diarahkan oleh Waititi. Natalie Portman akan kembali melakonkan watak sebagai Jane Foster, dan akan memiliki kuasa Thor dan mampu mengangkat tukul sakti Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson juga akan menyambung watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie, manakala Christian Bale akan melakonkan watak antagonis Gorr the God Butcher.

Setakat ini, Thor: Love and Thunder dijadualkan untuk tayangan pada 6 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post