Masih hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia, kini Marvel baharu sahaja mengumumkan yang filem terbaharu mereka, iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan boleh distrim di saluran Disney+ mulai 22 Jun 2022. 

BERKAITAN: Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022) - 'Fan Service' Terbaik!

Doctor Strange in the Multiverse of Madness dihasilkan lebih daripada 5 tahun selepas filem pertama, di mana sebelum itu Doctor Strange telahpun muncul dalam 4 filem MCU yang lain, iaitu Thor: Ragnarok (2017), Avengers: Infinity War (2018), Avengers: Endgame (2019), dan Spider-Man: No Way Home (2021). 

Setakat ini, Doctor Strange in the Multiverse of Madness telah mencatatkan kutipan melebihi USD879 juta di seluruh dunia, melepasi kutipan filem Doctor Strange (2016) dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi tahun 2022 (setakat ini). 

Buat masa ini, Marvel Studios masih belum mengumumkan penghasilan filem Doctor Strange 3. Namun, sudah pastinya Marvel tidak akan berhenti setakat 2 filem sahaja untuk watak Sorcerer Supreme tersebut. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post