Satu demi satu, Marvel Studios mengumumkan siri-siri terbaharu mereka untuk tayangan di saluran Disney+. Terbaharu, Marvel Studios mengumumkan penghasilan siri animasi bertajuk I Am Groot, yang akan ditayangkan tidak lama lagi. 

Tarikh tayangan rasmi siri I Am Groot tersebut adalah pada 10 Ogos 2022, dan Marvel Studios turut mendedahkan poster khas siri I Am Groot, memperlihatkan watak kegemaran ramai dari pasukan superhero Guardians of the Galaxy itu sedang berehat sambil mendengar muzik dan memakai kaca mata hitam.

BERKAITAN: Doctor Strange in the Multiverse of Madness Boleh Di'strim' Di Disney+ Mulai 22 Jun 2022

Siri I Am Groot merupakan penerbitan terbaharu dari Marvel Studios, menampilkan Groot versi bayi yang dalam proses membesar, Ianya diarahkan oleh Kirsten Lepore.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post