Netflix hari ini telah mengumumkan yang kisah seram zombie terkenal, iaitu All of Us Are Dead akan disambung untuk musim kedua.

All of Us Are Dead Musim 1 sebelum ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bertarung nyawa selepas tragedi serangan zombie di sekolah mereka, telah mencatatkan rekod tontotan yang tinggi di saluran Netflix seluruh dunia, dan kekal sebagai salah satu dari dua siri Korea (di samping Squid Game) yang tersenarai dalam Top 10 most popular non-English TV shows di Netflix.

Saksikan pengumuman siri All of Us Are Dead Musim 2 tersebut di bawah:

Selepas tayangan perdana siri All of Us Are Dead Musim 1, ianya terus mengungguli carta 10 teratas untuk siri TV bukan berbahasa Inggeris yang ditonton di Netflix di 91 buah negara, dan kekal di kedudukan tersebut untuk 2 minggu berturut-turut. Ia juga merekodkan 361.02 juta jam masa tontonan hanya dalam tempoh 10 hari pertama tayangan. 

Diarahkan oleh Lee JQ dan Kim Nam-su, apakah yang bakal ditampikan dalam All of Us Are Dead Musim 2 nanti? Sama-sama kita nantikan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post