Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con 2022, studio perfileman Marvel Studios telah memperlihatkan trailer filem Black Panther: Wakanda Forever, yang kini dijadualkan untuk tayangan pada 11 November 2022.

Saksikan trailer Black Panther: Wakanda Forever di bawah:

Selain itu, turut diumumkan secara rasminya (selepas beberapa kali beri bayangan dan gambaran melalui leaked art sebelum ini) iaitu aktor Tenoch Huerta telah disahkan akan tampil sebagai Namor the Submariner, selaku antagonis utama filem Black Panther: Wakanda Forever.

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler, dan sudah pastinya para peminat akan menantikan jalan cerita baharu yang akan ditelusuri untuk filem kedua ini, susulan kematian pendukung watak utamanya, Chadwick Boseman sebelum ini. Barisan pelakon asal seperti Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Angela Bassett, Martin Freeman, Letitia Wright, dan Winston Duke disahkan akan kembali dalam filem ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post