Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con 2022, studio perfileman Marvel Studios telah mengumumkan penghasilan siri Disney+ terbaharu, iaitu Daredevil: Born Again.

Siri tentang watak superhero Daredevil itu terdiri dari 18 episod dan akan ditayangkan di Disney+ pada pertengahan 2024. Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio akan menyambung watak mereka sebagai Matt Murdock/ Daredevil dan Wilson Fisk/ Kingpin dari siri Daredevil ditayangkan Netflix sebelum ini.

BERKAITAN: Daredevil dan Kingpin Kembali Dalam Siri Disney+ Echo, Bakal Ditayangkan Pada 2023

Sebelum ini, watak lakonan Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio’s itu telah membuat kemunculan rasmi dalam MCU, masing-masing dalam filem Spider-Man: No Way Home dan siri Disney+ Hawkeye

Siri Daredevil yang asalnya disiarkan di Netflix, kini boleh ditonton di saluran penstriman Disney+.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post