Selepas kembali semula ke Marvel, dan membuat penampilan cameo dalam salah satu filem paling ditunggu-ditunggu tahun ini, akhirnya diumumkan yang Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio akan menyambung semula watak mereka dalam projek terbaharu MCU, iaitu siri Disney+ Echo yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. 

Charlie Cox yang melakonkan watak Matt Murdock/ Daredevil, dan Vincent D’Onofrio yang melakonkan watak Wilson Fisk/ Kingpin, sebelum ini ditampilkan dalam siri Netflix Daredevil yang bertahan untuk tiga musim. Kini, siri Daredevil telah kembali ke Marvel dan baharu sahaja disenaraikan untuk tayangan di saluran penstriman Disney+ Hotstar. Dalam MCU, Charlie Cox telah tampil (sebagai Matt Murdock) dan cameo dalam filem Spider-Man: No Way Home, manakala Vincent D’Onofrio tampil sebagai Wilson Fisk dalam siri Disney+’s Hawkeye.

BERKAITAN: Siri Daredevil Pula Dibatalkan Oleh Netflix Selepas Tiga Musim

Khabar angin menyatakan yang Matt Murdock berkemungkinan sedang mencari bekas rakan kongsinya sepanjang siri tersebut, yang berkemungkinan adalah satu lagi watak dari siri Netflix yang juga telah kembali semula ke Marvel, iaitu Jessica Jones - yang sebelum ini ditampilkan oleh pelakon Krysten Ritter. 

Sinopsis siri Disney+ Echo adalah seperti berikut:

The origin story of Echo revisits Maya Lopez, whose ruthless behavior in New York City catches up with her in her hometown. She must face her past, reconnect with her Native American roots and embrace the meaning of family and community if she ever hopes to move forward.

Siri Echo akan mengambil latar selepas kejadian dalam satu lagi siri Disney+, iaitu Hawkeye. Echo ditunjani oleh Alaqua Cox yang melakonkan watak Maya Lopez, seorang wanita pekak berketurunan Native America yang mempunyai keupayaan untuk meniru pergerakan orang lain. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post