Ingatannya telah dipadamkan secara paksa, namun dia mengetahui hanya satu perkara sahaja - untuk menamatkan misi yang ditugaskan kepadanya, ataupun nyawanya terancam.

Itulah yang cuba disampaikan dalam Carter - filem terbaharu Korea di Netflix, yang akan ditayangkan pada 5 Ogos 2022 - mengisahkan tentang seorang ejen yang terpaksa menggadaikan nywa untuk membongkar siapakah dirinya yang sebenar. Sebelum itu, satu teaser trailer dan key art telah diperlihatkan oleh Netflix. Saksikan teaser trailer Carter di bawah:

Carter diarahkan oleh Jung Byung-gil, yang terkenal dengan sinematografi dan aksi mendebarkan, dan dibintangi oleh Joo Won,  yang sebelum ini menempa nama dalam filem dan drama Korea. 

Bakal dipenuhi dengan aksi hebat dan mendebarkan tanpa henti, Carter akan ditayangkan di saluran penstriman Netflix mulai 5 Ogos 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post