Mechamato merupakan animasi baharu daripada Animonsta Studio, yang terkenal dengan animasi Boboiboy. Mechamato mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, bergelar Mechamato

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Mechamato - Filem Terbaharu Monsta

Terbaharu, Animonsta Studios (ataupun Monsta) semalam telah memperlihatkan video "Official Poster Reveal" filem Mechamato. Saksikan video tersebut di bawah:

Menurut CEO, Pengarah dan Penerbit iaitu En. Nizam Abd Razak, MONSTA sedang berusaha untuk mendapatkan tarikh tayangan filem Mechamato pada 2022. Malah, jika tiada aral melintang juga, filem Mechamato akan ditayangkan pada cuti sekolah akhir tahun ini di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Filem tersebut juga kini telahpun siap 70%, namun perlu diolah semula bagi memastikan jalan cerita yang lebih menjurus kepada 'origin story'.

BERKAITAN: Filem Mechamato Akan Ditayangkan Sebelum Siri Animasi Tetapi Ditangguh ke Tahun 2021 Akibat COVID-19

Untuk rekod, siri animasi Mechamato kini sedang ditayangkan di Cartoon Network untuk pasaran Asia Pasifik, termasuklah di Jepun, Korea & Australia, selain boleh ditonton di saluran Astro GO dan HBO GO.

Pada awalnya, perancangan Monsta adalah untuk menayangkan filem Mechamato 2021, sebelum siri animasi ditayangkan. Namun disebabkan pandemik, perancangan tersebut telah diubah dengan menayangkan siri animasinya terlebih dahulu.


1 Comments

  1. Kalau boleh boleh tak letak kul bape ia nye start?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post