Bukanlah satu rahsia yang Marvel Studios sedang merancang untuk menghasilkan filem Captain America 4, dan kini dilaporkan yang studio itu telahpun menemui untuk mengarahkan filem superhero itu yang bakal menampilkan Anthony Mackie sebagai Captain America.

Seperti mana dilaporkan portal The Hollywood Reporter, pengarah yang dimaksudkan adalah Julius Onah, yang sebelum ini mengarahkan filem The Cloverfield Paradox (2018) selain mengarahkan filem indie-drama Luce pada 2019, yang menerima 3 pencalonan Indie Spirit Award di anugerah Sundance Film Festival 2019.

Plot filem Captain America 4 masih misteri, namun dijangka akan menyambung watak dan jalan cerita dilakonkan Anthony Mackie selepas mengambil alih gelaran Captain America, seperti mana ditampilkan dalam siri Disney+ The Falcon and The Winter Soldier. Masih belum disahkan sekiranya Chris Evans juga turut tampil dalam filem keempat ini, ataupun samada Sebastian Stan akan tampil semula sebagai Winter Soldier dan menyambung dinamik hubungan mereka dalam siri Disney+ terdahulu.

Menurut salah seorang penerbit di Marvel Studios, iaitu Neal Moore, berikut adalah pendekatan yang dipilih untuk filem Captain America 4 ini:

I think, he’s not Steve Rogers and I think that’s a good thing. Because to me, this new Cap is Rocky. He’s going to be the underdog in any situation. He’s not a super soldier. He’s not a hundred years old. He doesn’t have the Avengers. What happens with this guy who announces publicly kind of, without the support, ‘I’m new Captain America.’ What happens next? I think is fascinating because he’s a guy. He’s a guy with wings and a shield, but he is a guy. So, we’re going to put him through the wringer and make him earn it, and see what happens when he is outweighed, outclassed, out-everything. What makes somebody Captain America? I’m going to argue it’s not being a super soldier. And I think we’re going to prove that with Mackie and Sam Wilson.

Filem Captain America 4 ditulis oleh Malcolm Spellman, yang juga merupakan pencipta dan penulis utama untuk siri Disney+ The Falcon and The Winter Soldier, selain Dalan Musson, yang juga terlibat dengan beberapa siri Disney+.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post