Selain meriah dengan slot oleh Marvel Studios, acara San Diego Comic-Con turut menjadi medan kepada Warner Bros. untuk memperlihatkan trailer terbaharu filem Black Adam. Saksikan trailer terbaharu filem Black Adam di bawah:

BERKAITAN: Trailer Filem Black Adam, Lakonan Dwayne Johnson Akhirnya Diperlihatkan!

Trailer kali ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang watak Dr. Fate, selain watak-watak lain seperti Atom Smasher, Cyclone dan Hawkman, di samping watak utama, iaitu Black Adam sendiri.

BERKAITAN: Dwayne Johnson Akan Membawakan Watak Black Adam Dalam Filem Shazam!

Watak Black Adam adalah berdasarkan watak dari panel komik DC hasil karya oleh Otto Binder dan C.C. Beck, dan filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra. Penghasilan filem Black Adam telah diumumkan sejak 2014 lagi, dan tertangguh sejak sekian lama. Jadi sudah tentulah para peminat sangat teruja menantikan filem ini ditayangkan di pawagam.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post