Keputusan Hugh Jackman untuk kembali sebagai Wolverine dalam filem Deadpool 3 ternyata mengejutkan peminat, di mana sebelum ini beliau menyatakan hasrat untuk 'melepaskan' watak tersebut untuk dilakonkan aktor yang lebih muda selepas berakhirnya filem Logan (2017). Namun, dalam satu temuramah terbaharu bersama Variety, beliau menjawab persoalan kenapa beliau bersetuju untuk kembali melakonkan watak ikonik tersebut yang telah menaikkan namanya. 

Menurut Hugh Jackman, satu tayangan filem Deadpool (2016) yang ditontonnya sebelum menjalani penggambaran filem Logan telah membuka mindanya tentang potensi pertemuan dan interaksi antara watak Wolverine dan Deadpool. Menurutnya;

I went to a screening of Deadpool. I was 20 minutes in, and I was like, ‘Ah, damn it!’ All I kept seeing in my head was 48 Hrs. with Nick Nolte and Eddie Murphy. So it’s been brewing for a long time. It just took me longer to get here.

Walaupun begitu, hanya pada bulan Ogos baru-baru ini sahaja yang mana Jackman memberikan kata putus untuk kembali sebagai Wolverine. Keputusan itu sudah tentunya membuatkan Ryan Reynolds berasa amat gembira, apabila dimaklumkan sendiri oleh Jackman tentang hasratnya itu. Menurut Reynolds;

Oh my God, I’m thrilled. It’s like old home week. To get to be on set with one of my closest friends each and every day is a dream come true. But to do it with these two iconic characters side by side, that’s beyond our wildest dreams.

BERKAITAN: Wolverine Sah Tampil Dalam Deadpool 3, Dilakonkan Semula Oleh Hugh Jackman!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 akan mengekalkan penarafan R-rating (Restricted) seperti mana 2 filem terdahulu, yang juga merupakan penarafan R pertama untuk filem Marvel Studios. Ia juga merupakan filem Deadpool pertama yang dihasilkan selepas pengambil-alihan studio 20th Century Fox oleh Disney. Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan rekod kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. 

Filem Deadpool 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 8 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post