Hugh Jackman disahkan akan tampil semula sebagai Wolverine dalam MCU!

Itulah pengumuman yang mengejutkan warganet beberapa hari lalu, apabila pelakon watak Deadpool, Ryan Reynolds mengumumkan yang Hugh Jackman akan tampil dalam filem Deadpool 3 dan menyambung wataknya sebagai Wolverine

Saksikan video pengumuman tersebut di bawah:


Berita menggemparkan itu turut disertakan dengan pengumuman tarikh tayangan filem Deadpool 3, iaitu pada 6 September 2024.

Kali terakhir Hugh Jackman tampil sebagai Wolverine adalah dalam filem Logan (2017) di mana watak tersebut menemui ajak di penghujung filem tersebut.

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 akan mengekalkan penarafan R-rating (Restricted) seperti mana 2 filem terdahulu, yang juga merupakan penarafan R pertama untuk filem Marvel Studios. Ia juga merupakan filem Deadpool pertama yang dihasilkan selepas pengambil-alihan studio 20th Century Fox oleh Disney.

Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan rekod kutipan keseluruhan sebanyak leboih USD1.5 bilion di seluruh dunia. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post