Satu lagi filem MCU yang dinantikan tahun ini, iaitu Black Panther: Wakanda Forever dilaporkan menjadi filem MCU kedua dengan masa tayangan terpanjang!

Masa tayangan filem Black Panther: Wakanda Forever yang merupakan filem kedua Black Panther, dilaporkan menghampiri 3 jam! Menurut beberapa pawagam yang telah mengemaskini maklumat berkenaan filem tersebut, masa tayangan filem Black Panther: Wakanda Forever adalah 2 jam 41 minit, menjadikannya filem kedua (selepas Avengers: Endgame) dengan masa tayangan terpanjang dalam senarai filem MCU.

BERKAITAN: Namor Disahkan Sebagai Mutant Dalam Filem Black Panther: Wakanda Forever

Sinopsis filem Black Panther: Wakanda Forever adalah seperti berikut:

In the film, Queen Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye, and the Dora Milaje fight to protect their nation from intervening world powers in the wake of King T’Challa’s death. As the Wakandans strive to embrace their next chapter, the heroes must band together with the help of War Dog Nakia and Everett Ross and forge a new path for the kingdom of Wakanda.

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi akan diarahkan oleh Ryan Coogler, dan menampilkan barisan pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo, selain pelakon baharu seperti Tenoch Huerta sebagai Namor, Michaela Coel sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 November 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post