Menurut satu laporan terbaharu oleh portal Variety, Paramount Pictures secara rasminya telah 'mengeluarkan' filem Star Trek 4 yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada 22 Disember 2023 dari jadual tayangan filem baharu mereka. Ini merupakan tamparan hebat buat studio tersebut, selepas pengarah, Matt Shakman menarik diri dari mengarahkan filem tersebut setelah menerima tawaran Marvel Studios untuk mengarahkan filem Fantastic Four.

BERKAITAN: Marvel Studios Dilaporkan Sedang Memuktamadkan Pengarah Untuk Filem Fantastic Four

Awal tahun ini, dalam satu pembentangan di acara Paramount Investors Day, J.J. Abrams mengesahkan yang filem Star Trek 4 sedang giat dibangunkan, dengan barisan pelakon asal akan terlibat dalam filem tersebut seperti Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Karl Urban, John Cho dan Simon Pegg. Dalam pengumuman tersebut, Abrams turut mendedahkan yang mereka merancang untuk memulakan penggambaran filem Star Trek 4 pada penghujung tahun ini. Namun nampaknya kini, ianya sudah tidak menjadi kenyataan. 

Filem terakhir Star Trek, iaitu Star Trek Beyond ditayangkan pada 2016. Sejak itu, Paramount dilaporkan telah melakukan beberapa kajian pasaran untuk melihat keterujaan peminat sekiranya satu lagi filem Star Trek dihasilkan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post