Semenjak penghasilan trilogi filem Planet of the Apes oleh Rupert Wyatt dan Matt Reeves, yang dimulakan dengan filem Rise of the Planet of the Apes (2011) dan diakhiri dengan filem War for the Planet of the Apes (2017), 20th Century Studios secara rasminya mengumumkan tajuk filem sambungan Planet of the Apes itu, dikenali sebagai Kingdom of the Planet of the Apes. Ianya digelarkan sebagai filem baharu yang mengambil latar "beberapa tahun yang lama" selepas kejadian dalam filem War for the Planet of the Apes, yang menyaksikan Caesar menemui ajalnya.

BERKAITAN: Filem Terbaharu Planet Of The Apes Bakal Dihasilkan - Diarahkan Oleh Wes Ball

Filem terbaharu itu akan memulakan produksi pada bulan hadapan, dan dibintangi pelakon seperti Owen Teague, Freya Allen, dan Peter Macon, dan diarahkan oleh Wes Ball (yang mengarahkan ketiga-tiga filem The Maze Runner).

Menurut Presiden 20th Century Studios, Steve Asbell, beliau berkata:

Planet of the Apes is one of the most iconic and storied science fiction franchises in film history, as well as being an indelible part of our studio’s legacy. With Kingdom of the Planet of the Apes we are privileged to continue the series’ tradition of imaginative, thought-provoking cinema, and can’t wait to share Wes’ extraordinary vision for this new chapter with audiences in 2024.

Penceritaan epik Planet of the Apes bermula melalui novel bertajuk La Plan├Ęte des singes karya Pierre Boulle pada tahun 1963, manakala 20th Century Fox telah menghasilkan beberapa versi filem bermula filem asal Planet of the Apes pada tahun 1968.

Filem Kingdom of the Planet of the Apes dijangka akan menyambung semula dunia filem tersebut, di mana manusia dan beruk pintar bertembung untuk mendapatkan kawalan, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada tahun 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post