Nampaknya siri Disney+ terbaharu, iaitu Armor Wars telah dinaik taraf menjadi sebuah filem penuh!

Menurut laporan terbaharu oleh The Hollywood Reporter (THR), Marvel Studios membuat keputusan untuk menukarkan siri Disney+ berkisarkan watak ditunjangi Don Cheadle itu menjadi sebuah filem penuh untuk memberikan penceritaan yang lebih menyeluruh untuk siri tersebut. Yassir Lester, yang sebelum ini merupakan penulis utama untuk siri Disney+ Armor Wars, akan bertindak sebagai penulis skrip untuk filem tersebut. Namun buat masa ini, masih belum ada pengarah yang dipilih untuk mengarahkan filem Armor Wars

BERKAITAN: Logo Siri Disney+ Armor Wars Diperlihatkan, Don Cheadle Kembali Sebagai War Machine

Perubahan terbaharu ini sudah pasti akan mempunyai kesan terhadap tarikh tayangan siri Disney+ Armor Wars yang diumumkan sebelum ini. Untuk rekod, garis masa kejadian dalam Armor Wars akan mengambil tempat selepas kejadian dalam satu lagi siri Disney+ yang diumumkan sebelum ini, iaitu Secret Invasion.

Komik Armor Wars ditulis oleh David Michelinie dan Bob Layton, terdiri dari 7 isu dan diterbitkan dari Disember 1987 hingga Jun 1988. Ianya mengisahkan Tony Stark yang mendapati teknologi canggih ciptaannya yang mempunyai teknologi seumpama Iron Man, kini telah digunakan sekumpulan penjahat untuk menghasilkan sut armor mereka sendiri, dan menggunakannya untuk menimbulkan kekacauan. Disebabkan itu, Stark berazam untuk menggunakan kehebatan sut Iron Man untuk memusnahkan kesemua sut tersebut. 

Namun begitu, dengan 'matinya' watak Tony Stark/ Iron Man dalam MCU, Armor Wars nampaknya akan menggunakan War Machine sebagai watak utama untuk menghapuskan sut armor ciplak tersebut.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post