Marvel Studios mungkin terpaksa menilai semula jadual filem MCU mereka, apabila pengarah filem Blade, iaitu Bassam Tariq menarik diri dari mengarahkan filem tersebut. 

Pengosongan kerusi pengarah untuk salah satu filem MCU Fasa 5 itu ternyata agak mengejutkan, malah tiada pengarah gantian setakat ini untuk menggantikan tempat tersebut. Untuk rekod, filem Blade telah dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 3 November 2023. 

BERKAITAN: Marvel Studios Umumkan Tarikh Tayangan Filem Blade

Marvel Studios mengeluarkan kenyataan berikut susulan pengosongan kerusi pengarah filem Blade oleh Bassam Tariq:

Due to continued shifts in our production schedule, Bassam is no longer moving forward as director of Blade but will remain an executive producer on the film. We appreciate Bassam’s talent and all the work he’s done getting Blade to where it is.

Watak Blade sebelum ini pernah muncul di layar perak melalui filem trilogi terbitan New Line Cinema, yang mencatatkan rekod kutipan lebih USD400 juta. Watak Blade dicipta oleh Marv Wolfman dan Gene Colan sebagai salah satu watak sampingan dalam komik The Tomb of Dracula #10 yang diterbitkan pada Julai 1973, dan menjadi antara watak Marvel terawal yang difilemkan dan menerima sambutan menggalakkan di kalangan penonton.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post