Satu lagi pengumuman oleh Marvel Studios di acara D23 Expo adalah berkait siri Disney+ Armor Wars. Pelakon watak Rhodey/ War Machine, iaitu Don Cheadle telah mengesahkan yang penggambaran untuk siri Armor Wars akan dimulakan tahun hadapan. 



Siri Armor Wars merupakan barisan siri terbaharu yang akan ditayangkan di Disney+, dan akan terdiri dari 6 episod. Cheadle turut mendedahkan yang Armor Wars akan mengambil latar selepas kejadian dalam satu lagi siri Disney+ akan datang, iaitu Secret Invasion.


Komik Armor Wars ditulis oleh David Michelinie dan Bob Layton, terdiri dari 7 isu dan diterbitkan dari Disember 1987 hingga Jun 1988. Ianya mengisahkan Tony Stark yang mendapati teknologi canggih ciptaannya yang mempunyai teknologi seumpama Iron Man, kini telah digunakan sekumpulan penjahat untuk menghasilkan sut armor mereka sendiri, dan menggunakannya untuk menimbulkan kekacauan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post