Di acara D23 Expo tempohari, Marvel Studios telah mendedahkan senarai penuh anggota pasukan Thunderbolts yang akan tampil dalam filem stand-alone Thunderbolts akan datang.

Thunderbolts mungkin agak asing bagi mereka yang tidak membaca komik Marvel, namun dalam komik, ianya merupakan pasukan supervillain yang ditugaskan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan misi-misi merbahaya. 

BERKAITANMarvel Studios Secara Rasminya Umumkan Penghasilan Filem Thunderbolts

Kini, presiden Marvel Studios, Kevin Feige telahpun mendedahkan senarai supervillain dan antihero yang akan menganggotai pasukan Thunderbolts, iaitu Contessa Valentina Allegra de Fontaine (lakonan Julia Louis-Dreyfus), Red Guardian (lakonan David Harbour), Ghost (lakonan Hannah Jon-Kamen), US Agent (lakonan Wyatt Russell), Taskmaster (lakonan Olga Kerleynko), Yelena Belova/Black Widow (lakonan Florence Pugh), dan The Winter Soldier (lakonan Sebastian Stan).

BERKAITAN: Marvel Studios Umumkan Pengarah Untuk Filem Thunderbolts

Filem Thunderbolts akan diarahkan oleh Jake Schreier, dan dijadualkan untuk tayangan pada 26 Julai 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post