Trailer rasmi pertama The Mandalorian Musim 3 telah diperlihatkan di acara D23 Expo, memberikan bayangan pengembaraan terbaharu watak Din Djarin dan Grogu. Saksikan trailer The Mandalorian Musim 3 di bawah:

BERKAITANPenggambaran The Mandalorian Musim 3 Dilaporkan Telah Selesai!

Trailer terbaharu ini memperlihatkan Din Djarin ditemukan semula dengan Grogu, selain turut menunjukkan konfrontasinya dengan watak Bo-Katan Kryze, seorang pahlawan Mandalore yang dalam Musim 2 sebelum ini sedang menjejak senjata dikenali sebagai Darksaber, yang akan digunakannya untuk membebaskan Mandalore dan mengembalikan keamaan di planet tersebut. 

BERKAITAN: Review Siri Disney+ The Mandalorian Musim 1 & Musim 2

Siri The Mandalorian  berkait secara langsung dengan filem-filem Star Wars, mengisahkan watak seorang bangsa Mandalore ataupun digelar Mando, yang berpegang teguh kepada kod bangsa Mandalorian. Dibintangi oleh Pedro Pascal sebagai Mando (atau namanya dalam siri tersebut iaitu Din Djarin), yang membawakan western vibe a-la watak Lone Ranger, seolah siri koboi zaman moden. Watak ini muncul sekali lagi dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Book of Boba Fett yang disiarkan penghujung tahun lepas. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post