Meneruskan keterujaan peminat filem DCEU, Warner Bros. telah memperlihatkan trailer kedua filem Black Adam beberapa hari lalu. Filem terbaharu DCEU lakonan Dwayne Johnson itu dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 21 Oktober 2022. 

Saksikan trailer terbaharu filem Black Adam seperti di bawah: 

BERKAITAN: Poster Terbaharu Black Adam Diperlihatkan, Trailer Baharu Dijangka Dalam Minggu Ini

Sinopsis rasmi filem Black Adam adalah seperti berikut: 

Nearly 5,000 years after he was bestowed with the almighty powers of the ancient gods — and imprisoned just as quickly — Black Adam (Johnson) is freed from his earthly tomb, ready to unleash his unique form of justice on the modern world.

Selain Dwayne Johnson sendiri yang memegang watak utama sebagai Teth-Adam/ Black Adam, filem Black Adam turut menampilkan ahli pasukan Justice Society of America (JSA) iaitu Atom Smasher (lakonan Noah Centineo), Hawkman (lakonan Aldis Hodge), Cyclone (lakonan Quintessa Swindell) dan Doctor Fate (lakonan Pierce Brosnan). Malah trailer di atas juga turut memperlihatkan bagaimana anggota JSA bergerak menaiki pesawat dari markas mereka. 

Filem Black Adam telah dijadualkan untuk tayangan mulai 21 Oktober 2022. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post