Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara D23 Expo, studio perfileman tersebut telah mendedahkan watak villain yang akan menjadi penjahat utama dalam filem Captain America: New World Order.

BERKAITAN: Tajuk Rasmi Filem Captain America 4 Diumumkan Oleh Marvel Studios!

Marvel telah mengumumkan yang pelakon Tim Blake Nelson, kali terakhir dilihat dalam filem The Incredible Hulk (2008) akan kembali sebagai The Leader. Watak The Leader akan menjadi penjahat umtama dalam dalam filem Captain America: New World Order, yang merupakan filem keempat Captain America dalam MCU. 

Selain Nelson, turut disahkan bahawa pelakon Carl Lumbly juga akan menyambung wataknya sebagai Isaiah Bradley yang sebelum ini ditampilkan dalam siri Disney+ The Falcon and the Winter Soldier, dan Danny Ramirez kembali sebagai Joaquin Torres, yang kali terakhir diberikan bayangan akan mengambil alih peranan sebagai Falcon baharu, juga dalam siri Disney+ yang sama. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post