Tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum filem Black Adam ditayangkan di pawagam, dan Warner Bros. telah memperlihatkan poster terbaharu filem Black Adam menampilkan keseluruhan pasukan Justice Society of America (JSA) yang akan tampil dalam filem tersebut. Saksikan poster terbaharu Black Adam tersebut di bawah:

BERKAITAN: Poster Watak Doctor Fate Diperlihatkan, Beserta Perincian Yang Lebih Jelas

Selain Dwayne Johnson sendiri yang memegang watak utama sebagai Teth-Adam/ Black Adam, poster tersebut juga menampilkan kesemua empat orang anggota pasukan  JSA iaitu Atom Smasher (lakonan Noah Centineo), Hawkman (lakonan Aldis Hodge), Cyclone (lakonan Quintessa Swindell) dan Doctor Fate (lakonan Pierce Brosnan). 

DC turut mengumumkan trailer kedua filem Black Adam akan diperlihatkan tidak lama lagi. Namun begitu, walaupun difahami yang ianya merupakan cara studio perfileman untuk mengekalkan hype terhadap filem Black Adam, kerisauan kami adalah sekiranya tayangan trailer tersebut mendedahkan terlalu banyak perincian mengenai filem tersebut, dan menyebabkan plot-plot penting filem Black Adam dapat diteka lebih awal. 

Filem Black Adam telah dijadualkan untuk tayangan mulai 21 Oktober 2022. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post