Black Adam Character Poster Previews Pierce Brosnan’s Dr. Fate

Satu poster untuk filem Black Adam telah dikongsikan, memperlihatkan perincian yang lebih jelas untuk watak superhero Doctor Fate yang akan dilakonkan oleh Pierce Brosnan. 

Poster Doctor Fate tersebut dikongsikan oleh pelakon utama Black Adam sendiri, iaitu Dwayne Johnson di Twitter peribadinya. Saksikan poster watak Doctor Fate tersebut di bawah:

BERKAITAN: Trailer Terbaharu Black Adam Dipertontonkan Di Acara San Diego Comic-Con 2022

Pierce Brosnan akan melakonkan watak Kent Nelson/ Doctor Fate, seorang ahli arkeologi yang dianugerahkan kuasa magik dan bertukar menjadi Doctor Fate. Gambar poster yang ditampilkan nampaknya hampir sama dengan komik, sehinggalah kepada rekaan bentuk Helmet of Fate — yang membantu meningkatkan keupayaan Doctor Fate di samping pelbagai lagi kuasa luarbiasa. 

BERKAITAN: Black Adam Kini Menjalani Sesi Penggambaran Tambahan, Bakal Ditayangkan Oktober 2022

Selain Dwayne Johnson, Black Adam menampilkan Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai  Hawkman

Filem Black Adam adalah berdasarkan watak dari panel komik DC hasil karya oleh Otto Binder dan C.C. Beck, dan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra. Penghasilan filem Black Adam telah diumumkan sejak 2014 lagi, dan tertangguh sejak sekian lama. Jadi sudah tentulah para peminat sangat teruja menantikan filem ini ditayangkan di pawagam.

Filem Black Adam dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 21 Oktober 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post