Sempena menyambut Hari Disney+ Hotstar Day, filem konsert menggegarkan dari kumpulan ikon pop abad ke-21, iaitu BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE - LA dan tayangan sneak peek khas untuk siri Disney+ terbaharu dari Lucasfilm, iaitu Andor, kini telah boleh distrim di Disney+ Hotstar mulai hari ini!

BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA merupakan persembahan konsert live oleh kumpulan pop BTS yang diadakan di stadium Los Angeles SoFi pada penghujung 2021, memperlihatkan kumpulan tersebut mmepersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Dynamite, Butter dan Permission to Dance. BTS, singkatan kepada Bangtan Sonyeondan, merupakan kumpulan pop dari Korea Selatan yang menambat hati jutaan peminat di seluruh dunia sejak kemunculan pertama mereka pada Jun 2013. 

Bakal dilancarkan pada 21 September ini dengan tayangan premiere 3 episod pertama, siri Disney+ Andor meneroka perspektif baharu galaksi Star Wars, memfokuskan kepada perjalanan watak Cassian Andor untuk membongkar perbezaan-perbezaan yang boleh dilakukannya. Siri tersebut akan menampilkan kisah pemberontakan menentang pihak Empire dan bagaimana individu dan planet terlibat ke kancah tersebut. Ianya merupakan satu era penuh dengan situasi bahaya, penipuan dan keterujaan di mana Cassian Andor akan menempuh laluan yang membawanya menjadi seorang hero pihak pemberontak. 

Diego Luna kembali melakonkan watak Cassian Andor, yang turut dibarisi pelakon seperti Genevieve O’Reilly, Stellan SkarsgÃ¥rd, Adria Arjona, Denise Gough, Kyle Soller dan Fiona Shaw. 

Pengisian Hari Disney+ Hotstar menyenaraikan tayangan perdana menarik dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, The Simpsons dan banyak lagi.Seperti mana diumumkan sebelum ini, Pinocchio, episod baharu She-Hulk: Attorney at Law, Cars on the Road, Obi-Wan Kenobi: A Jedi’s Return, dan THE ZONE: Survival Mission, kinilah telahpun boleh distrim di Disney+ Hotstar. Tidak ketinggalan juga filem yang ditunggu-tunggu peminat di Malaysia sebelum ini, iaitu Thor: Love and Thunder yang turut telah boleh ditonton kini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post