Bermula 8 September ini, ambil masa untuk berehat dan bersantai di hujung minggu dengan sambutan istimewa Hari Disney+ Hotstar. Menampilkan tarikan baharu seperti pengalaman peminat global dan kandungan perdana, para peminat juga dijemput untuk menikmati THE ZONE: Survival Mission – sebuah rancangan variety show Korea dibintangi Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri.

Terdiri daripada 8 episod, THE ZONE: Survival Mission menampilkan 3 orang hos sebagai wakil kepada peradaban manusia, sebelum 'mencampakkan' mereka ke dalam 8 situasi tak terjangka di mana mereka akan dicabar untuk bertahan selama 4 jam dan tidak mengaku kalah, dalam usaha untuk menyelesaikan setiap misi. Mereka akan berhadapan dengan zombie, lopak berisi gam melekit, teka teki dan lain-lain situasi, para penonton akan mendapati diri mereka ketawa terbahak-bahak apabila Jaeseok, Kwangsoo dan Yuri bertungkus lumus untuk bekerjasama dan mencari penyelesaian terhadap situasi yang mereka alami.

Dihasilkan oleh Studio Gaon dan diarahkan oleh Cho Hyojin dan Kim Dongjin, THE ZONE: Survival Mission merupakan K-variety show dengan format baharu yang memerlukan hosnya untuk bergantung antara satu sama lain tanpa campur tangan luar. 

Jangan lupa strim THE ZONE: Survival Mission pada 8 September ini sempena Hari Disney+ Hotstar.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post