Paramount Pictures secara rasminya telah mengumumkan yang tayangan filem Sonic the Hedgehog 3 telah ditetapkan pada tahun 2024! Secara tepatnya, tarikh tayangan filem Sonic the Hedgehog 3 dijadualkan pada 20 Disember 2024.

BERKAITAN: Review Filem Sonic The Hedgehog 2 (2022) - Lebih Baik Dari Filem Sebelumnya!

Tarikh yang dipilih untuk tayangan filem Sonic the Hedgehog 3 itu akan menyaksikannya bersaing dengan satu lagi filem yang ditunggu ramai, iaitu filem Avatar 3 arahan James Cameron. 

Filem terdahulu, iaitu Sonic the Hedgehog 2 dibintangi oleh Ben Schwartz, James Marsden, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Adam Pally, Jim Carrey, dan Shemar Moore. Selain Sonic, filem Sonic the Hedgehog 2 juga menampilkan buat pertama kalinya watak Tails (lakonan Colleen O’Shaughnessey) dan Knuckles (lakonan Idris Elba). Di penghujung tersebut, ianya turut memberi bayangan watak Shadow akan tampil dalam filem ketiga nanti.

BERKAITAN: Trailer Terbaharu Sonic The Hedgehog 2 - Lebih Pantas!

Sonic the Hedgehog 2 diarahkan oleh Jeff Fowler, dan mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD400 juta di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post