Menyambung pengakhiran filem Sonic The Hedgehog terdahulu, setelah mengalahkan Dr. Robotnik yang kini terperangkap di dunia asing dipenuhi cendawan, Sonic telah dijadikan 'anak angkat' oleh Tom dan Maddie Wachowski. Malangnya dalam satu kejadian, Sonic telah diserang oleh Robotnik, yang telah berjaya kembali ke Bumi dengan pertolongan entiti asing bernama Knuckles, yang mempunyai perancangannya tersendiri.

BERKAITAN: Trailer Terbaharu Sonic The Hedgehog 2 - Lebih Pantas!

Dalam usaha menyelamatkan diri, Sonic telah diselamatkan oleh satu watak bernama Tails, musang berekor kembar yang menjadikan Sonic sebagai idola. Sonic kemudiannya berjaya meyakinkan Tails untuk membantunya menyekat Dr. Robotnik dan Knuckles dari mendapatkan sebiji permata digelar Master Emerald. Menyedari yang Robotnik mempunyai muslihat tersendiri, Sonic dan Tails cuba meyakinkan Knuckles supaya tidak terpedaya dengan helah Robotnik. Berjayakah Sonic dan Tails meyakinkan Knuckles? Jangan lupa saksikan Sonic The Hedgehog 2 di pawagam berhampiran anda.

Filem Sonic The Hedgehog 2 memperkenalkan 2 watak yang diminati peminat dari permainan video, iaitu Tails (lakon suara oleh Colleen O’Shaugnessy) dan Knuckles (lakon suara oeh Idris Elba). Knuckles boleh diibaratkan sebagai pahlawan, yang pada mulanya membantu Robotnik meloloskan diri dari planet ditumbuhi cendawan dan kembali ke Bumi. Manakala Tails pula merupakan seekor musang berekor kembar yang mempunyai kebolehan untuk terbang. Sudah tentunya 2 watak ini tidak asing bagi peminat permainan video klasik Sonic. 

BERKAITAN: Poster Terbaharu Watak-Watak Filem Sonic The Hedgehog 2

Dari segi CGI, gabungan scene antara watak manusia dan animasi amatlah cemerlang seperti mana filem pertama dahulu. Interaksi Sonic dengan watak Tails dan watak manusia dalam filem Sonic The Hedgehog 2 ternyata menghiburkan, dan kami tiada komplen untuk elemen itu.

Idris Elba sememangnya menonjol dalam watak sebagai Knuckles, yang dengan suaranya sahaja telah dapat menarik penonton untuk 'melekap' di skrin apabila ada sahaja scene yang melibatkan watak Knuckles. Tidak dilupakan juga Jim Carrey yang cemerlang membawakan watak Dr. Robotnik, tiada keraguan di situ.

RATING SEMBANGFILEM: 4/5 bintang


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post