The Hollywood Reporter melaporkan yang bintang filem Aquaman, Jason Momoa bakal membintangi filem live-action Minecraft! Filem Minecraft tersebut dikhabarkan akan diarahkan oleh Jared Hess, yang sebelum ini mengarahkan filem Napoleon Dynamite and Nacho Libre.

Berita tersebut menyatakan yang Warner Bros. kini sedang dalam perbincangan akhir dengan Jason untuk tampil dalam filem tersebut. Masih terlalu awal untuk meneka watak yang akan dilakonkan oleh Jason, apatah lagi filem berdasarkan permainan video terkenal Minecraft itu sendiri pun tidak mempunyai satu watak yang spesifik dikenali ramai, melainkan watak pemain biasa seperti Steve dan Alex (bergantung kepada skin yang digunakan).

Permainan video popular, Minecraft dilancarkan pada 2011 dan menjadi fenomena di seluruh dunia. Populariti itu turut menyebabkan gergasi teknologi, Microsoft membeli pegangan dalam syarikat pembikin Minecraft, iaitu Mojang Studios dengan nilaian sebanyak USD2.5 bilion. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post