Trailer dan bahan promosi terbaharu filem live-action Disney, Pinocchio telahpun diperlihatkan. Dibintangi oleh Tom Hanks, Benjamin Evan Ainsworth, Joseph Gordon-Levitt, Keegan-Michael Key, Lorraine Bracco, Cynthia Erivo dan Luke Evans, filem Pinocchio akan ditayangkan di Disney+ Hotstar bermula 8 September 2022 sempena Disney+ Hotstar Day. 

Saksikan trailer filem Pinocchio di bawah:

Filem live-action Pinocchio diarahkan oleh pemenang Anugerah Academy, Robert Zemeckis, membawakan pengkisahan baharu watak dongeng sebuah boneka kayu yang bercita-cita menjadi seorang kanak-kanak lelaki sejati. Tom Hanks melakonkan watak Geppetto, si pengukir kayu yang mencipta Pinocchio (lakonan oleh Benjamin Evan Ainsworth) dan menganggapnya seperti anak sendiri. Joseph Gordon-Levitt pula melakonkan watak Jiminy Cricket, yang bertindak sebagai sahabat kepada Pinocchio dan juga sebagai "kesedarannya". 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post