Disney telah memperlihatkan klip rasmi dan opening title sequence untuk siri spin-off filem Cars, diberi tajuk Cars on the Road, menyaksikan kembalinya watak Lightning McQueen dan rakan baiknya Mater. Saksikan klip Cars on the Road yang akan ditayangkan di saluran Disney+di bawah:

Sinopsis siri Cars on the Road yang akan ditayangkan di Disney+ adalah seperti berikut:

It follows Lightning McQueen (voice of Owen Wilson) and his best friend Mater (voice of Larry the Cable Guy) as they head east from Radiator Springs on a cross-country road trip to meet up with Mater’s sister.

BERKAITAN: Review Filem Planes (2013)

Francais filem animasi Cars dihasilkan John Lasseter, dengan filem pertama dalam francais tersebut, Cars ditayangkan pada 2006, diikuti oleh Cars 2 (2011) dan Cars 3 (2017). Francais tersebut juga berjaya menghasil dua filem spin-off: iaitu Planes (2013) dan Planes: Fire & Rescue (2014). Kejayaan francais itu menyaksikannya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.4 bilion di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post