Aktor Carl Weathers (yang melakonkan watak Greef Karga dalam siri Disney+ The Mandalorian musim 1 dan 2) telah mengesahkan di Twitter peribadinya yang penggambaran The Mandalorian musim 3 telahpun selesai!

BERKAITAN: Review Siri Disney+ The Mandalorian Musim 1 & Musim 2

Sinopsis rasmi siri The Mandalorian adalah seperti berikut:
“After the stories of Jango and Boba Fett, another warrior emerges in the Star Wars universe, the series is set after the fall of the Empire and before the emergence of the First Order. “e follow the travails of a lone gunfighter in the outer reaches of the galaxy far from the authority of the New Republic”.

Siri The Mandalorian yang berkait secara langsung dengan filem-filem Star Wars, mengisahkan watak seorang bangsa Mandalorian ataupun digelar Mando, yang berpegang teguh kepada kod bangsa Mandalorian. Dibintangi oleh Pedro Pascal sebagai Mando (atau namanya dalam siri tersebut iaitu Din Djarin), yang membawakan western vibe a-la watak Lone Ranger, seolah siri koboi zaman moden. Watak ini muncul sekali lagi dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Book of Boba Fett yang disiarkan penghujung tahun lepas. Christopher Lloyd (Doc Brown dalam siri filem Back to the Future) turut disahkan akan muncul dalam The Mandalorian musim 3, namun wataknya belum disahkan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post