Paramount dilaporkan telah bersedia untuk menghasilkan filem Star Trek 4, dengan barisan pelakon dari 3 filem terdahulu bakal ditampilkan semula.

Berita tersebut diumumkan Abrams sendiri dalam sesi pembentangan Paramount’s Investors Day pada 15 Februari lalu, namun menyatakan beliau tidak akan mengarahkan filem terbaharu itu. Sebaliknya, beliau hanya akan bertindak sebagai penerbit sahaja. Dimaklumkan filem Star Trek 4 itu akan diarahkan oleh Matt Shakman (yang sebelum ini mengarahkan siri Disney+ WandaVision).

Menurut Abrams juga, Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Karl Urban, John Cho, dan Simon Pegg turut akan kembali, menyambung semula watak-watak mereka dari 3 filem terdahulu.

Menurut Abrams,

“We are thrilled to say that we are hard at work on a new Star Trek film that will be shooting by the end of the year that will be featuring our original cast and some new characters that I think are going to be really fun and exciting and help take Star Trek into areas that you’ve just never seen before,” said Abrams. “We’re thrilled about this film, we have a bunch of other stories that we’re talking about that we think will be really exciting so can’t wait for you to see what we’re cooking up. But until then, live long and prosper”.

Filem terakhir Star Trek, iaitu Star Trek Beyond ditayangkan pada 2016. Menurut laporan oleh Variety, Paramount telah melakukan beberapa kajian pasaran untuk melihat keterujaan peminat sekiranya satu lagi filem Star Trek dihasilkan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post