Tiada khabar berita, tiba-tiba sahaja Warner Bros. dan New Line Cinema mengumumkan penghasilkan projek animasi Lord of the Rings: The War of the Rohirrim. Masih belum ada trailer yang dikongsikan, namun tarikh tayangan telah ditetapkan pada 12 April 2024.

Menurut laporan Variety, filem animasi ini akan mengambil latar 2 abad sebelum kejadian dalam filem The Hobbit dan trilogi filem utama, dan akan menelusuri kisah pengembaraan Raja Rohan, Helm Hammerhand, dan bagaimana Helm’s Deep dibina.

BERKAITAN: Ikuti Pengembaraan Epik Dalam The Lord of the Rings: The Rings of Power

Kenji Kamiyama akan mengarahkan filem animasi Lord of the Rings: The War of the Rohirrim. Penghasilan filem ini akan mengembangkan lagi dunia Middle Earth dari karya J.R.R. Tolkien sebelum ini, agar dapat ditonton dan boleh dihayati oleh generasi baharu penonton filem.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post