Penggambaran musim kedua Loki, antara siri yang ditayangkan di saluran Disney+ akan dimulakan tak lama sahaja lagi! Salah seorang pelakonnya, iaitu Owen Wilson telah mengesahkan yang beliau akan kembali melakonkan watak Mobius dalam musim kedua siri Disney+ tersebut.

Kali terakhir penonton melihat kelibat watak Mobius adalah di penghujung musim pertama, di mana Loki secara tak sengaja telah teleport ke dunia lain, di mana Time Variance Authority versi yang lain wujud dan Mobius tidak mengenali Loki.

Menurut Wilson :

“Yes, [Mobius] is coming back to Loki. And I think we’re gonna start filming that pretty soon. I had a great time working on Loki. I really enjoyed Tom Hiddleston and all the people on that”.

BERKAITAN: Review Siri Disney+ Loki Episod 1 - Memperkenalkan TVA!

Berlatarkan kejadian selepas filem Avengers: Endgame, musim pertama Loki menyaksikan kembalinya Loki yang kini ditahan oleh satu pasukan khas bergelar Time Variance Authority (TVA) kerana kesalahan mendatangkan gangguan terhadap garis masa. Dimaklumkan yang produksi musim kedua Loki akan dimulakan pada tahun ini. 

Selain Tom Hiddleston, Loki turut dibintangi Sophia Di Martino sebagai Sylvie, Owen Wilson sebagai Mobius, Gugu Mbatha-Raw sebagai hakim Renslayer, dan Wunmi Mosaku sebagai B-15.

Musim pertama Loki kini boleh ditonton di saluran penstriman Disney+.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post