Pelakon Ray Stevenson dilaporkan bakal membarisi senarai pelakon siri Disney+ terbaharu, iaitu Ahsoka, menurut laporan oleh The Hollywood Reporter. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui watak yang akan dilakonkan olehnya.

Setakat ini, pelakon yang telah disahkan akan muncul dalam siri tersebut adalah Rosario Dawson, Hayden Christensen, Mary Elizabeth Winstead, Ivanna Sakhno, dan Natasha Liu Bordizzo.

BERKAITAN: Mary Elizabeth Winstead Bakal Tampil Dalam Siri Disney+’s Terbaharu, Star Wars: Ahsoka

Stevenson tidaklah asing dalam francais Star Wars, kerana sebelum ini pernah meminjam suara untuk watak Gar Saxon dalam dua episod siri animasi Star Wars Rebels dan Star Wars: The Clone Wars.

BERKAITAN: Watak Ahsoka Tano Bakal Ditampilkan Dalam Musim Kedua The Mandalorian

Rosario Dawson bakal melakonkan watak Ahsoka Tano dalam siri tersebut, selepas watak itu membuat kemunculan pertama secara live-action dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Mandalorian. Manakala Bordizzo pula melakonkan watak Sabine Wren dari siri animasi Star Wars Rebels.

Ahsoka dijangka akan memulakan penggambaran pada Mac 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post