Watak Ahsoka Tano Bakal Ditampilkan Dalam Musim Kedua The Mandalorian

Laporan yang diterima dari Slash Film telah mengesahkan yang Ahsoka Tano akan ditampilkan dalam musim kedua siri Disney+ The Mandalorian! Pelakon yang dikhabarkan terpilih untuk watak berkenaan adalah Rosario Dawson yang akan melakonkan watak dari jalan cerita Rebels dan Clone Wars berkenaan.


BERKAITAN: Pelakon Filem Deadpool Turut Disenaraikan Dalam Barisan Pelakon Siri The Mandalorian

Watak Ahsoka Tano ditampilkan buat pertama kali dalam filem animasi Clone Wars (2008) yang akhirnya dijadikan siri TVdan akhirnya dikembangkan kepada siri-siri lain seperti Rebels. Watak berkenaan pada awalnya merupakan padawan kepada Anakin Skywalker dan akhirnya menjadi antara watak yang menjadi kegemaran ramai.

Sebelum ini, Dawson ada menyatakan minat untuk melakonkan watak Ahsoka Tano di laman Twitter peribadinya beserta tanda pagar #AhsokaLives dan kini nampaknya ia menjadi kenyatan.

Komen

Previous Post Next Post