United Studios Mempersembahkan Syif Malam Raya - Filem Bergenre Komedi Seram


United Studios mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa filem terbaharu edaran mereka yang membawakan genre komedi seram, iaitu Syif Malam Raya bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada bulan Syawal tahun ini. Promosi filem bergenre komedi seram ini telah dimulakan sejak seminggu yang lalu melalui platform digital dengan memperkenalkan poster rasmi filem Syif Malam Raya dan poster watak-watak yang terbabit dalam filem tersebut. Dalam siaran media yang dikeluarkan juga, trailer rasmi filem Syif Malam Raya juga telah dilancarkan di saluran YouTube United Studios pada 16 Mac 2020. Saksikan trailer filem Syif Malam Raya tersebut di bawah :


Filem Syif Malam Raya diterbitkan oleh Ray Theme Sdn. Bhd. mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di sebuah kampung yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’. Diterajui dua orang ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif, filem Syif Malam Raya turut dibarisi pelakon wanita popular antaranya Reen Rahim, Nadia Brian dan Lia Natalia serta penampilan sulung tiga orang Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi yang pertama kali diberi peluang beraksi di layar perak. Turut ditampilkan dalam filem ini adalah Saiful Zero dan pelawak-pelawak hebat tanahair iaitu Saiful Apek, Azlee Senario, dan Ropie yang pastinya akan mencuit hati penonton-penonton.



Biarpun baharu sahaja menamatkan penggambaran yang bermula sejak bulan Februari yang lalu, filem Syif Malam Raya sudahpun berada di peringkat akhir proses pasca produksi dan kini menanti pengesahan tarikh tayangan daripada pihak Wajib Tayang. Ketahui perkembangan terkini mengenai Syif Malam Raya dengan mengikuti akaun media sosial berikut:

Instagram: www.instagram.com/syifmalamraya_official
Facebook: www.facebook.com/utdstudios

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post