Studio Perfileman Universal Menghentikan Penggambaran Filem Jurassic World: Dominion Kerana COVID-19 


Akibat ancaman virus COVID-19, studio perfileman Universal Pictures telah mengambil langkah berjaga-jaga. Sepertimana studio lain, Universal telah mengumumkan penangguhan bagi beberapa produksi mereka, termasuklah filem ketiga dalam trilogi Jurassic World, iaitu Jurassic World: Dominion.


Jurassic World: Dominion mempertemukan watak-watak dari trilogi Jurassic Park asal dengan barisan pelakon dari filem sambungan yang kini telahpun memasuki filem ketiga. Penggambaran telah bermula pada penghujung Februari di Hawaii untuk slot tayangan pada Jun 2021. Dengan pengumuman penangguhan ini, tidak dapat dipastikan bilakah penggambaran akan disambung semula. Ini juga bermakna tarikh tayangan filem Jurassic World: Dominion juga akan ditangguhkan lagi.

Universal adalah antara studio perfileman yang telah menghentikan penggambaran susulan penularan wabak COVID-19. Sebelum ini, Disney telah mengumumkan penangguhan beberapa projek mereka, termasuklah The Little Mermaid dan Shang-Chi and The Legend of the Seven Rings. Paramount pula mengumumkan penangguhan filem Mission: Impossible 7.

Tarikh tayangan beberapa filem juga diumumkan telah ditunda, termasuklah filem terbaharu James Bond, iaitu No Time to Die, dan F9: The Fast Saga

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post