Pelakon Filem Deadpool Turut Disenaraikan Dalam Barisan Pelakon Siri The Mandalorian

Produksi siri The Mandalorian telahpun dimulakan sejak beberapa bulan lalu, dan beberapa pengumuman tentang barisan pelakon juga telah dibuat. Sebelum ini, The Hollywood Reporter juga telah melaporkan yang aktres Gina Carano juga telah disenaraikan sebagai pelakon siri The Mandalorian.


Laporan itu tidak menyebuat apakah watak yang akan dilakonkan oleh Carano. Berkemungkinan watak yang dilakonkannya nanti akan melibatkan banyak aksi pertarungan. Apatah lagi sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Carano memulakan karier profesionalnya sebagai mixed martial artist. Carano juga pernah muncul dalam filem Fast & Furious 6, filem Deadpool, dan beberapa filem terus-ke-video. 

Setakat ini, apa yang diketahui tentang The Mandalorian ialah ianya akan berlatarkan situasi selepas kejatuhan Empire, tetapi sebekum bermulanya kebangkitan First Order. The Mandalorian mengisahkan tentang “a lone gunfighter in the outer reaches of the galaxy far from the authority of the New Republic.”. Masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangan, tetapi The Mandalorian akan menjadi siri pertama ditayangkan di saluran penstriman Disney+. Saluran tersebut akan menjadi pelantar untuk lain-lain siri berkaitan Star Wars, seperti siri mengisahkan tentang Cassian Andor dengan Diego Luna melakonkan kembali wataknya dari filem Rogue One: A Star Wats Story (2016).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post