SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Thursday, November 29, 2018

Saksikan Teater Mona Ke Daerah M - Bakal Dipentaskan Pada 21 Hingga 23 Disember 2018

Saksikan Teater Mona Ke Daerah M - Bakal Dipentaskan Pada 21 Hingga 23 Disember 2018

Jom bawa anak2 tonton teater pulak musim cuti sekolah ni untuk menonton teater Mona Ke Daerah M


Hasil perkongsian pengguna twitter @bumilangit, teater Mona Ke Daerah M ini adalah istimewa kerana menampilkan pelakon kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan yang terpilih. Menurut informasi yang dikongsikan, seramai 20 orang pelakon yang dilatih yang terdiri daripada anak-anak pelarian, miskin kota dan anak-anak yatim akan menyertai teater Mona Ke Daerah M, yang akan dipentaskan pada 21 hingga 23 Disember 2018 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Untuk makluman juga, tiket-tiket untuk teater Mona Ke Daerah M sudah mula dijual di laman sesawang teater Mona Ke Daerah M yang berharga RM40, RM60, RM90 dan RM120, dan hasil kutipan tiket akan didermakan utk kerja kerja Teach For The Needs (TFTN) di masa akan datang.

Mona Ke Daerah M mengisahkan Mona, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang terpaksa mengembara ke Daerah M demi mencari adiknya Hana, yang dibawa lari oleh Mega, seorang watak kartun popular. Dengan ditemani Bobby, teddy bear kesayangannya, Mona menempuh pelbagai cabaran di Daerah M sebelum akhirnya bertemu Mega. Berjayakah Mona keluar dari Daerah M dan dapatkah Mona menyelamatkan Hana? 

Haa yang itu kenalah saksikan teater ini sendiri!

No comments:

Post a Comment